
Sulit
4 tahun
Adakah folic acid tidak sesuai untuk saya?
assalamualaikum dan selamat malam doktor… sy asmalina berusia 27tahun… dan sy bakal berkahwin pada 22 nov… soalan sy, sblum ni period sy mmg agak x teratur… tapi setiap bulan wajib datang period… selepas sy mengamal kn folic acid … period sy terlalu cepat datang… sy mengamal kan folic acid sejak bulan 9 hingga sekarang… tapi period sy mula datang terlalu cepat dari kiraan jangka sy… last period sy 28/9-2/10 dan dtg lg 14/10- 17/10 dan dtg lg 4/11 … adakah folic acid tidak sesuai untuk sy? jenis folic acid ( appeton )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut boleh memberi kesan sampingan. Antaranya:
- Muntah dan loya
- perut berangin
- kurang selera makan
- sukar tidur
Ia tidak menyebabkan gejala seperti yang anda alami iaitu haid tidak teratur. Haid tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.