
Sulit
2 tahun
Adakah gerd dan anxiety?
Hi doctorOncall
Sya nak tanya…
Adakah sya kena gerd?semasa mkn dada sy akan terasa berangin atau mcm rsa mkn gula2 mentos…otot blakang sakit2 yg sblh kiri juga lengan sblh kiri…dan sejak ujung bln 12 thn lps sudh 4 kali sya rsa mcm serangan panic tiba²…adakah anxiety?sbb ujung bln 9 thn lps sya pernah kena covid tahap 2 iaitu brgejala(mgkinkah long covid)…ubat apa yg sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara gejala-gejala dari anxiety disorder adalah:
- Mudah merasa letih.
- Gelisah terus-menerus.
- Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu
- Mudah marah dan tersinggung.
- Susah untuk mengendalikan perasaan risau
- Mengalami gangguan tidur, seperti susah untuk tidur atau selalu merasa kurang tidur.
Antara gejala-gejala dari GERD pula adalah:
- Rasa pedih di dada anda (pedih ulu hati), biasanya selepas makan, yang mungkin lebih teruk pada waktu malam
- Sakit dada
- Kesukaran menelan
- Regurgitasi makanan atau cecair masam
- Sensasi ketulan di kerongkong anda
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor