
Sulit
5 tahun
Adakah haid atau pun hamil
Hai doc,umur sya 32th.3 bulan lepas haid sya teratur,pada tanggal 23hb 8 sya mulai terasa sakit pinggang dan perut seperti maunya haid.sehingga hari ini sya suda lewat ke 8 hari tetapi haid tidak ada.pada hari ke6 selepas tarikh haid sepatutnya datang sya ada membuat check upt tetapi hasil nya negative.sometimes terasa sakit pinggang dan perut terasa sakit tetapi hanya sebentar sahaja,sya bingung sama ada sya ini hamil ke atau tidak,adakah patut sya makan ubat turun kn haid atau pun bagaimana?tolong beri penjelasan doc.tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelaha anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.