
Emelia
6 tahun
Adakah haid berpanjangan ini normal?
Saya ingin kepastian adakah normal sekiranya haid berpanjangan. Saya dan suami membuat hubungan ketika haid hari yang ketujuh.keesokannya saya mendapati darah keluar seperti haid sehingga harini hari yang ke 10.boleh saya tau adakah ia normal?

6 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid berpanjangan untuk 10 hari adalah tidak normal. Perdarahan haid yang berpanjangan atau menorrhagia biasanya didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebih 7 hari, 80 ml atau kedua-duanya sekali. Punca-punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid berpanjangan pula termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Orang yang mengalami anaemia sering mengalami tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.