
Sulit
3 tahun
Adakah hamil jika air mani di atas permukaan faraj
saya wanita 21 tahun , saya seorang wanita . saya nak tanya , adakah kita boleh hamil jika air mani lelaki keluarkan di atas vagina kita , tetapi tidak masukkan zakar ke dalam faraj

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, syarat untuk terjadinya kehamilan adalah berlakunya pertemuan antara sperma dari lelaki dan juga ovum dari perempuan. Jika ianya terjadi, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda pasti kehamilan antaranya adalah tidak datang haid untuk beberapa bulan.
Sperma mempunyai tempoh hayat yang tertentu jika dibiarkan di luar tubuh. Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyatakan bahawa air mani dari lelaki tersebut dikeluarkan di atas vagina dan zakar lelaki tersebut tidak dimasukkan ke dalam faraj anda. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang rendah untuk hamil kerana sperma tidak dapat masuk ke dalam rahim.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan