
Sulit
5 tahun
Adakah hamil jika uzur?
saya berumur 20 tahun. suami pernah geselkan kemaluannya pada saya. tapi hanyalah air mazi. tetapi saya period lepastu. adakah saya boleh hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika anda telah datang haid, kebarangkalian untuk anda hamil adalah rendah. Namun, jika period yang anda alami adalah seperti spotting iaitu darah yang sedikit dan berwarna coklat, ia boleh menandakan pendarahan sewaktu awal implantasi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.