
Sulit
4 tahun
Adakah Hamil sebelum haid atau selepas haid
Seminggu sebelum haid Ada bersetubuh iaitu pada 11/1 tetapi selepas 5 Hari haid datang seperti biasa untuk kiraan haid Yang teratur…iaitu 17/1… 2minggu selepas haid saya Ada bersetubuh dengan suami lagi… di bulan febuari saya lewat haid Dan keputusan upt positive…adakah saya Hamil sebelum haid atau selepas haid? Sebab saya risaukan tentang due date Yang Tak pasti untuk ditentukan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara mudahnya sekiranya seseorang wanita datang haid, ianya adalah petanda dari rahim yang mengatakan ianya tidak hamil. Hal ini kerana, sekiranya anda hamil, kitaran haid akan berhenti dan menyebabkan anda tidak datang haid.
Selain itu, cara untuk mengira due date mengambil kira hari pertama anda datang haid buat kali terakhir. Ini dikenali sebagai kaedah Naegele’s.
Formula bagi kaedah ini mengambil kira bahawa kitaran haid bagi wanita tersebut adalah 28 hari dengan ovulasi berlaku pada pertengahan kitaran ini iaitu hari ke 14. Formula bagi kaedah ini adalah seperti berikut:
Hari: (tarikh hari pertama haid terakhir + 7)
Kita beranggapan bahawa tempoh datang haid merupakan 7 hari dan 7 hari ditambah di sini kerana ovulasi berlaku pada hari ke 14
Bulan: (bulan pada saat haid terakhir - 3)
Di sini, cara menghitung usia kehamilan dalam bulan ditolak 3 kerana tempoh kehamilan dianggap berlaku selama 9 bulan. Setahun terdapat 12 bulan maka ditolak 3 untuk mendapatkan 9 bulan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebit tepat anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.