
Sulit
4 tahun
Adakah ia berkaitan?
Saya wanita bujang berusia 29thn. Sy mengalami sakit kepala yg agak teruk, rambut nipis, masalah sembelit, masalah gusi. Sakit kepala sy teruk terasa sakit mencengkam kepala je bila sakit tu, maybe migrain kot. Rambut pulak, anak rambut ada je tumbuh tp rambut tetap nipis tak lebat pun. Masalah sembelit pulak hampir tiap minggu susah nk membuang kadang sampai berdarah semasa membuang. Gusi sy pulak menyusut dari gigi menyebabkan gigi bergoyang. Adakah kesemua masalah ini berkaitan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan segera kerana gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:
- Masalah hormon seperti penyakit Cushing
- Ketumbuhan
- Anemia (kurang sel darah merah)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian