
astakona84
5 tahun
Adakah ia Tekanan darah rendah
Sy wanita berumur 35thn… baru2 ini sy sekeluarga dijangkiti demam influenza… 3org anak sy admit dihosp… sy dan suami terpaksa berkampung dihosp… st juga cek drh dijangkiti influenza… selepas pd itu sy sering pening kepala…berpusing2…seperti melayang…sudah lebih 2minggu… kami balik hosp… sy masih pening2… sy cek tekanan drh… 97sistolik… dibawah bacaan sy dah lupa…adakah kerna ubatan yg sy ambil kerana influanza? Atau faktor kurang rehat slps menjaga 3org anak yg admit dihosp sekaligus… persoalannya sudah 2minggu perkara itu berlalu… sila beri pandangan doc… sy sgt perlukan pandangan doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekanan darah yang normal adalah sekitar 120/80 mmHg. Biasanya sistolik 90 sehingga 130 adalah masih boleh dikatakan normal. Sekiranya lebih daripada tersebut anda berisiko tekanan darah tinggi dan sekiranya kurang hal ini boleh dikatakan adalah tekanan darah rendah.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.