
Anonymous
5 tahun
Adakah implanon dibuka jejas kesuburan?
saya ibu anak dua berumur 29 tahun,anak sulung berumur 7 tahun,yang kedua berumur 3 tahun setengah,3 bulan selepas saya melahirkan anak kedua,saya telah memasang implan,dan baru membukanya pada awal january 2019,genap 3 tahun,dan saya merancang hamil anak ketiga…kedatangan haid saya sangat teratur,saya juga mengambil epo,namun setelah 6 bulan saya mencuba,masih belum berjaya hamil…saya tertanya tanya adakah saya mengalami masalah kesuburan akibat implanon berkenaan atau sebaliknya suami saya yang bermasalah,kerana kedatangan haid saya sangat teratur…sy mohon penjelasan doktor…terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada kajian yang menunjukkan bahawa implanon mendatangkan masalah kepada kesuburan. Sesetengah wanita akan mengandung dalam jangka masa 6 bulan selepas membuang implanon, tetapi ada juga yang mengambil masa setahun untuk hamil semula. Berkenaan dengan kondisi suami anda,ia memerlukan ujian tertentu dan perbincangan yang teliti dengan seorang doktor,
Oleh itu,anda amat disarankan merujuk masalah ini kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami supaya kami boleh bantu anda untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta memberi rawatan yang sesuai. Terima kasih.