Sulit

3 tahun

Adakah ini anxiety disorder?

Saya remaja berumur 15 tahun dan mau bertanya adakah saya mempunyai masalah anxiety disorder…
Sejak kebelakangan ni banyak org yang saya kenal terjangkiti COVID-19 dan minda saya tidak berhenti memikirkan tersebut sehinggakan rasa nafas yg susah,pening kepala, overthinking dan tangan menjadi pucat…dan juga kebelakangan ini banyak artis yang meninggal akibat covid jadi saya berasa amat takut…kalau ini adalah anxiety disorder…bolehkah doktor sarankan cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut…

Terima kasih atas jawapan doktor.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kerisauan anda mengenai kesihatan anda. Berdasarkan penerangan anda, kelihatan seperti anda mengalami gangguan emosi. Anda tidak perlu risau kerana masalah berkaitan dengan emosi sering berlaku terutamanya pada waktu wabak Covid-19 ini.

Untuk makluman anda, tanda-tanda masalah anxiety/keresahan adalah seperti berikut :

  • Kesukaran untuk mengawal perasaan kebimbangan yang dialami
  • Perasaan resah atau sukar bertenang
  • Kesukaran untuk fokus
  • Kesukaran tidur
  • Keletihan
  • Kekejangan otot
  • Cepat berasa marah/mengawal emosi
  • Kesukaran menjalankan aktiviti harian

Selain masalah keresahan, kemungkinan juga masalah anda berpunca daripada salah satu perkara berikut :

  • Gangguan tekanan
  • Kemurungan
  • Masalah tiroid
  • Bipolar mood disorder

Kami menasihatkan anda untuk berhubung dengan ahli terapi, kaunsellor atau pakar psikiatri untuk mengetahui punca masalah anda dan mendapatkan rawatannya. Di samping itu, anda juga boleh mengurangkan perasaan resah anda dengan mengehadkan penggunaan internet dan menjalankan senaman, yoga atau meditasi untuk menenangkan pemikiran anda.

Anda boleh menghubungi salah satu talian di bawah untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

Mercy Malaysia

  • 8am to 5pm everyday
  • Language: English, Malay, Tamil
  • Hotline: 03-29359935

Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)

  • Support group
  • Therapeutic assessment
  • Circle time and support programmes
  • Islamic spiritual therapy
  • Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri

aleksandra-sapozhnikova-EyNU4LVqAPM-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)