
Sulit
3 tahun
Adakah ini berpunca daripada stres? Saya pernah hilang selera makan hanya kerana risau apa yang akan jadi ketika saya menjalani internship. Adakah ini normal? Atau saya terlampau berfikir?
Hai. Saya wanita berumur 21 tahun. Keyakinan diri saya rendah. Saya selalu rasa gemuruh bila perlu bercakap di hadapan orang ramai. Automatik rasa nak muntah jantung berdegup laju. Itu satu perkara yang biasa untuk gemuruh bukan? Selepas itu, saya selalu rasa sesak nafas secara tiba tiba out of blue :’)) saya cuba bernafas dengan betul tapi waktu itu ianya sukar. Untuk hilangkan perkara tersebut saya cuba menangis. Adakah itu hanya sebab stress? Saya ada tanya kawan yang mengidap MDD tapi saya rasa saya perlu tanya pakar. Saya juga sering berimaginasi satu scene yang sedih hanya untuk menangis. Saya tak tahu macam mana hendak meluahkan rasa sebenar benarnya. Kawan saya kata itu bukanlah satu perkara yang bagus. Adakah semua ini berpunca daripada stress?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kecelaruan panik, kemurungan, fobia, penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon) dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.