
Sulit
4 tahun
Adakah Ini Borderline Personality Disorder?
Sudah sebulan diri saya rasa pelik. Perubahan diri agak tak tentu. Ada masa saya happy dengan activity harian saya dan ada masa saya takde mood such as overthinking and sad. Bila saya terlampau sedih dan takboleh express my sadness. Saya akan marah, amat marah dengan orang sekeliling saya. Kadang saya tahan marah dan buat dada saya amat pedih untuk tahan, bila saya takdapat tahan perasaan marah saya akan marah sangat sangat. At first, saya ingat marah is just normal things in life but saya baru sedar diri saya lain. Mood saya just like roller coster kejap okay kejap tak. Saya jugak selalu teringat the past event yang menyakitkan hati saya sampai saya shaking satu badan. Bila saya cerita masalah saya yang maybe saya ada depression or anxiety dengan orang sekeliling saya, mereka cuma cakap saya tak sakit. Itu buat saya marah gila sebab saya tahu something wrong with myself. Selain dari tu saya jugak mudah lupa, sangat cepat lupa walaupon benda tu setengah jam lepas. Saya jenis memang akan ingat perkara penting dan small things but suddenly saya macamni and memang ganggu harian saya. Adakah ini depression biasa or borderline personality disorder? Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketidaktentuan emosi.
Namun, kemungkinan besar masalah ini boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.