
Sulit
3 tahun
Adakah ini kesan sampingan selepas vaksin?
Saya berumur 17 tahon, saya telah divaksin pfizer 2nd dose pada 19/10 . Saya mengalami sakit kepala,loya, lesu, demam bermula 21/10 sehingga kini. Adakah ini kesan sampingan selepas vaksin tersebut atau disebaliknya?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami gejala demam, mual, lesu dan sakit kepala setelah menerima vaksin COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah bersih, selamat dan berkesan dalam mengawal wabak Corona Virus. Gejala yang anda alami sememangnya berkait dengan kesan sampingan vaksin COVID-19. Kesan sampingan lainnya adalah:
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Simptom ini akan hilang dengan sendirinya dan berbeza mengikut individu. Ia mungkin berpanjangan sehingga 4-12 hari. Namun, jika anda mengalami:
- Simptom berpanjangan dan semakin teruk
- Reaksi alahan yang teruk
- Sesak nafas
- Sakit dada
Sila berjumpa dengan doktor jikalau mengalami perkara yang dinyatakan. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan perkara ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini