
Sulit
3 tahun
Adakah ini panic atttack atau parkinson
semenjak dari kecil lagi , saya selalu gementar dan takut jika berhadapan dengan orang lain. Saya mula sedar keadaan ini ketika berumur 9 tahun ketika di sekolah ketika disuruh bermain alat muzik di hadapan cikgu. Tangan saya menggeletar termasuk beberapa bahagian muka seperti bibir dan pipi. Apabila saya bersendirian, kadang-kadang tangan saya menggeletar tanpa sebab. Ini menyebabkan saya merasa rendah diri dan malu. Kadang-kadang saya tidak merasa takut, tapi tangan saya terketar sehingga ditegur orang sama ada saya berpenyakit. Keadaan ini menyebabkan saya diejek oleh rakan sekelas ketika di universiti.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah anda iaitu anda selalu berasa gementar dan takut jika berhadapan dengan orang lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit Parkinson biasanya dikesan sekitar umur 60 tahun. Oleh itu, kami khuatir jika masalah anda berpunca daripada penyakit tersebut. Sebaliknya, kelihatan seperti masalah anda boleh berpunca daripada salah satu perkara di bawah :
- Kekurangan vitamin B
- Anemia
- Kesan sampingan ubat
- Masalah tiroid
- Keresahan
- Phobia
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan rawatanya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.