
qasehkasha
5 tahun
Adakah ini simptom sakit jantung
hi docs, sy berumur 36thn mengalami 2x sakit dada yg menghimpit. sy tak dapat bernafas mahupun bergerak. sakit dada tersebut sekitar 2-4minit. Selain itu sy juga sakit di bhgn tengkuk, bahu dan rahang. Nafas sy menjadi pendek dan batuk (sy mmg ada asma) Apabila sy tunduk seakan ingin pitam, terasa gelap smuanya dan dunia berputar2. Boleh saya tahu adakah ini simptom sakit jangtung? Ibu dan Nenek (mak kpd ibu) juga ada sakit jantung nenek sy menggl akibat sakit jantung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit dada boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sakit jantung (kebiasaanya dada berasa sempit, sesak nafas dan sebentar sahaja)
- Asma
- Sakit otot
- Sakit gastrik refluks
- Kekejangan esofagus
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan kesihatan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera kerana dikhuatiri perkara lebih serius terjadi. Terima kasih.