nrbdzlinarzi
6 tahun
Adakah ini tanda tanda kanser otak?
Saya perempuan berumur 16 tahun dan saya alami sakit kepala yang kerap… Sakit kepala itu tidak pernah pun satu hari tidak ada sakit kepala… Saya juga berasa mual dan teringin muntah kadang-kadang…Saya alami sakit kepala ini dari tahun lepas… Boleh doktor terangkan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Sakit kepala berterusan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Secara am nya, untuk mengurangkan kesakitan ini, anda boleh melakukan beberapa perkara ini :
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk memeriksa mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan doktor sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.


































