
fazreenazhar
5 tahun
Adakah isteri saya hamil dengan tanda ini
Saya dan isteri baru sebulan berumahtangga. Pagi tadi isteri saya menggunakan pregnancy test dibeli di farmasi. Keputusan mendapati garisan pertama jelas dan garisan kedua agak pudar. Cuba kali kedua, keputusan sama juga menggunakan pregnancy test yang berlainan. Adakah isteri saya hamil? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian kehamilan boleh menjadi positif atas sebab berikut:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk menjalankan ujian ini pada waktu pagi, seminggu atau 2 mingu selepas haid lewat.
Sila klik pada link dibawah untuk mengetahui bagaimana menggunakan UPT dengan tepat.
(Ujian kehamilan)
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.