
Sulit
4 tahun
Adakah itu normal doc? Xpuas bernafas
Saya ade masalah kuat marah,kuat naik angin,kuat sentap,kuat risau.bila semua tu terjadi saya tidak boleh kawal saya akan merasakan seperti xpuas bernafas.mcm sesak nafas. saya rileks dulu tenangkan diri baru pernafasan normal balik. Normal ke tu doc klu dalam keadaan marah,risau akan terasa xpuas bernafas?dulu xde pun skrg plak ade.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, kami kurang jelas berkenaan kenyataan yang diberikan oleh anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sesak nafas atau tidak cukup udara, seperti:
- Masalah jantung
- Tekanan darah tinggi
- Asma
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Tekanan emosi atau stres
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain itu, mengalami masalah sesak nafas adalah tidak normal dan perkara ini memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.