
shaycool86
5 tahun
Adakah jantung bermasalah?
Doktor, Saya berusia 33 tahun dan berat saya 119kg, 6 tahun lepas saya telah buat pemeriksaan jantung dgn hospital swasta serta pemeriksaan melalui CT Scan dan Alhamdulillah tiada kmplikasi. Nak tanya doktor, saya buat stress test dan hanya capai ke level 2 tak sampai level 3, kadang2 saya rasa seperti berdebar2 tiba2 dan bila ada situasi gaduh n naik suara jantung saya cepat berdegup. Saya selalu minum kopi takut berpunca daripada caffeine. Bila saya naik tangga saya cepat mengah n sukar bernafas. Doktor, adakah ini berpunca daripada jantung atau sememangnya body mass saya yang besar? Mohon penerangan doktor tentang masalah saya ini dan mungkin doktor boleh syorkan saya langkah seterusnya? Thank you.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan pelbagai faktor dan penyakit berkaitan jantung adalah salah satu darinya. Terdapat banyak penyakit berkaitan jantung seperti masalah ritma jantung, masalah koronari jantung (iaitu saluran darah ke jantung) dan masalah struktur jantung (seperti jantung berlubang). Selain masalah berkaitan jantung, faktor lain yang boleh menyebabkan kemengahan yang anda alami adalah seperti penyakit COPD (paru-paru sempit) dan anemia (kurang sel darah merah).
Untuk mengetahui punca yang anda alami, maklumat tambahan serta pemeriksaan perlu dilakukan bagi mengenalpasti dengan lebih tepat. Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil ialah:
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara penuh - periksa tekanan darah, gula dalam darah dan lain-lain
- Kurangkan berat badan - dengan diet yang sihat dan senaman - tiada jalan pintas untuk ini
- Kurangkan pengambilan kafein dalam sehari
- Kurangkan stres
- Sekiranya merokok atau minum alkohol, anda boleh berhenti daripadanya
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link di bawah ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!