
Sulit
4 tahun
Adakah jarak masa tertentu selepas ambil depo injection until bersama suami
Saya wanita berumur 28 tahun dan sekarang masuk minggu ketiga selepas saya ambil depo injection.adakah injection itu sudah dapat mencegah dari kehamilan? Perlukah jarak masa tertentu untuk bersama suami selepas ambil injection?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, suntikan depo provera akan berkesan sepenuhnya jika anda mendapat suntikan dalam 5 hari pertama waktu kitaran haid anda. Jika anda mendapat suntikan hari lain selain dari 5 hari pertama tersebut, anda perlu menggunakan perancangan kehamilan seperti kondom atau pil perancang kecemasan. Setiap suntikan akan melindung anda selama 12 minggu.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.