Sulit
2 tahun
Adakah kami boleh kuarantin dirumah sahaja dan agak susah untuk ke klinik sebab tiada kenderaan
Dr boleh tak kami sekeluarga self kuarantin dirumah sahaja …adik saya demam and semalam buat test guna kit tu ada 2 Line tpi Line yg bawah tu kabur…kami nak buat check di klinik tpi agak susah bagi kami nak ke klinik sebab takde kenderaan…jadi kalau kami hanya mengalami simptom MCM tekak sakit yg biasa tu boleh tak kami hanya kuarantin di rumah sahaja…dan satu lagi saya risau…sebab bapa saya pesakit kanser dan mak saya ada penyakit darah tinggi yg biasa…MCM mana tu Dr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda hendak kuarantin di rumah kerana tiada kenderaan dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh update status COVID-19 di dalam app ‘Mysejahtera’ dengan simptom simptom yang anda ada. Selain itu, anda juga boleh memangil klinik kesihatan yang terdekat untuk panggil ambulans ke rumah.
Saya sarankan anda berhubung dengan doktor untuk membuat diagnosis secepat mungkin.
Antara simptom COVID-19 adalah ;
Demam
Batuk
Susah Bernafas
Lemah
Selsema
Sakit Dada
Berikut merupakan diagnosis umum penyakit yang boleh menyebabkan masalah anda. Sila rujuk masalah anda kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan bagi membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda. Anda boleh membeli ’ test kit ’ COVID-19 di link dibawah untuk membuat ujian COVID-19. Hubungi kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini