
Sulit
5 tahun
Adakah kehamilan boleh berlaku sekiranya
Hai doc, saya curious tentang sesuatu perkara. Adakah air mani pasangan yang terkena di area peha dan area kemaluan boleh menyebabkan kehamilan? keadaan ini berlaku 3 hari lepas dimana ianya merupakan 1 hari selepas saya haid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kehamilan berlaku apabila zakar dimasukkan kedalam faraj dan air mani dilepaskan kedalam. Namun, jika air mani dilepaskan diluar, terdapt 4% risiko kehamilan kerana kemungkinan terdapat sedikit air mani/ air mazi yang mempunyai sperma. Namun, risiko itu amat rendah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.