Nina

5 tahun

Adakah keputihan ini merbahaya?

Hi doktor. Saya berumur 18 tahun. Sekarang saya mengalami keputihan di kemaluan saya, keputihan itu tidak berbau. Adakah ia membahaya?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera.

Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ia amat penting untuk wanita megetahui asas untuk membezakannya. Keputihan fisiologis ini biasa di kalangan wanita, dan selalunya berlaku apabila wanita mengalami kesuburan ataupun di sekitar menstruasi. Ianya tiada gejala penyakit dan juga lendir ini berwarna putih atau krim. Kuantitinya juga sedikit sahaja dan ia tidak berbau ataupun menyebabkan kegatalan di kesulitan. Jika dibandingkan keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Keputihan patologik ini disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.

Pada pendapat saya, adik sekarang sedang mengalami keputihan fisiologik dan tidak perlu risau tentangnya. Akan tetapi, saya fikir ia adalah penting untuk adik tahu faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit keputihan supaya ia boleh dielakkan. Yang pertama, faktor kebersihan. Faktor kedua adalah faktor hormon dimana gangguan kesimbangan hormon dalam badan boleh menyebabkan penyakit keputihan.

Jika adik mengalami simptom-simptom keputihan patologik seperti yang saya senaraikan di atas, adik harus berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mendapat rawatan.

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.

Keputihan boleh menjadi normal atau berpenyakit. Jika tiada bau atau kegatalan, ia adalah lendiran yang sangat biasa yang terdapat di dalam saluran reproduktif wanita. Manakala keputihan yang berpenyakit pula disertai oleh warna kuning atau hijau, berbau hanyir dan menyebabkan kegatalan di sekitar bibir faraj.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan keputihan normal ialah gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh ialah hormon oestrogen yang tinggi ketika ovulasi dan sebelum haid. Ia menyebabkan pengeluaran lendiran atau mukus yang banyak. Wanita yang mempunyai tekanan yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran hormon lain yang mempengaruhi aktiviti normal otak dalam menghasilkan pengeluaran hormon yang seimbang. Pengambilan pil perancang keluarga juga akan menyebabkan keputihan yang normal.

Keputihan yang berpenyakit pula boleh disebabkan oleh penghasilan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj. Penggunaan ubat antibiotik atau steroid untuk jangka masa yang lama juga akan menyebabkan bakteria semula jadi atau flora yang terdapat pada faraj berkurangan dan ini menyebabkan kepada pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit seperti bakteria, parasit atau kulat.

Anda perlu sentiasa memastikan bahagian faraj bersih selepas membuang air kecil dan pastikan kawasn tersebut sentiasa kering. Namun begitu, elakkan menggunakan bahan-bahan kimia seperti pembersih intim wanita yang akan mengubah pH kawasan tersebut. Sebaliknya, air yang bersih sudah mencukupi.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)