Sulit
5 tahun
Adakah Kitaran haid tidak normal
Saya ada masalah kitaran haid yang sikit. Iaitu 16-18 Hari. Adakah itu normal? Bagaimana saya ingin tahu itu darah haid atau penyakit? Darah saya keluar pada 26hb dec dan kering pada 1hb jan. Dan keluar lagi pada 11hb Jan. Adakah darah pada 11hb Jan ini darah haid atau penyakit?
Adakah saya boleh solat atau tidak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, haid seharusnya berlansung selama 4 hingga 10 hari. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur seperti anda. Antara punca masalah ini:
- gaya hidup aktif
- berat badan berlebihan
- masalah pada struktur rahim seperti fibroid, polip
Bagi soal solat, kami menyarankan anda mengunjungi atau bertanya kepada ustaz/ustazah yang memiliki ilmu yang lebih mendalam. Pihak kami memiliki kepakaran untuk membantu anda daripada bidang perubatan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























