
Sulit
3 tahun
Adakah krim lidocaine sama dengan lignocaine gel?
saya mempunyai masalah tak tahan lama bila bersama pasangan. doktor menasihatkan saya untuk cuba menggunakan lidocaine untuk sapu pada kemaluan zakar saya bagi sedikit sebanyak membantu masalah tidak tahan lama tersebut. soalan saya, adakah lidocaine dan lignocaine sejenis yang sama iaitu untuk kebaskan tempat yang hendak disapu? saya menggunakan krim lidocaine yang diberikan doktor. setelah ianya habis digunakan, doktor menyarankan hanya boleh membelinya lagi di farmasi berdekatan. disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan produk krim lidocaine yang sama seperti yang telah diberikan doktor kepada saya sebelum ini, saya hanya mendapati produk lignocaine gel yang ada di farmasi berdekatan dengan saya. soalan kedua saya, adakah boleh saya menggunakan Lignocaine Gel seperti jenama Axcel untuk menyapunya pada kemaluan zakar saya seperti mana saya menyapu produk krim lidocaine pada sebelum ini. oleh kerana sebelum ini saya menggunakan krim lidocaine, jadi saya agak khuatir sama ada dibolehkan juga untuk saya menggunakan lignocaine gel? harap pihak doktor dapat memberi pandangan dan penyelesaian kepada permasalahan saya sebagaimana yang dinyatakan. Terima Kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui perbezaan antara lidocaine dan lignocaine serta jika anda boleh menggunakan lignocaine gel sebagai pengganti krim lidocaine untuk masalah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, lidocaine dan lignocaine merupakan ubat yang sama walaupun berbeza namanya. Kedua-dua ubat ini mempunyai fungsi yang sama iaitu ubat kebas. Oleh itu, anda boleh menggunakan lignocaine gel sebagai pengganti kepada krim lidocaine. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.