
Sulit
4 tahun
Adakah Leukemia boleh hadir tanpa simptom
Saya lelaki berumur 18 tahun. saya suspek leukemia. boleh ke penyakit ini ada pada diri saya tanpa simptom

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan anda, Leukemia merupakan gangguan darah yang boleh dijangkiti kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia juga dikenali sebagai kondisi dimana terjadinya lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Walaupun sel darah putih dapat dihasilkan secara semula jadi & terkawal, namun pada pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih ini telah terganggu sehingga sel-sel yang dihasilkan tidak matang dan terus dihasilkan tanpa kawalan. Ini menandakan suatu barah sel darah putih (neoplasma hematologi) telah berlaku.
Antara gejala leukimia lazimya termasuk
- Lemah & lesu
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan.
- Perdarahan gusi
- Sakit kepala.
- Sakit sendi & tulang
- Kelenjar atau abdomen membengkak.
Menurut pakar mereka yang disyaki menghidapi leukimia namun tidak bergejala, tetap perlu diobservasi dan melalui sesi temu janji dan pemeriksaan secara berkala. Hal ini penting bagi mengenal pasti sejauh mana perkembangan kelainan telah berlaku (dan sekiranya ada, apakah rawatan susulan perlu dilaksanakan).
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.