Sulit
2 tahun
Adakah makan protein yang banyak boleh menaikkan gula dalam darah?
Hai saya nak tanya… Sekarang saya buat keto diet untuk mengawal bacaan gula dalam darah…
1.adakah pengambilan protein yang banyak… (ayam tempe… Tauhu…skip nasi) boleh melambatkan bacaan gula dalam darah untuk turun?
Sebab perasaan bacaan sy sama dari 2jam makan dan 4 jam mkn…
Jika sy ambil nasi selepas 4 jam makan akan ada penurunan dari 2 jam makan…
Sorry jika soalan sy mengelirukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, bagi menjalani pemeriksaan gula darah, ia melibatkan pelbagai kaedah. Lazimnya, doktor atau petugas kesihatan akan mengambil keputusan gula darah puasa, iaitu setelah puasa 8 jam. Jika anda melakukan ujian beberapa jam sahaja setelah makan, wajarlah gula darah mengalami sedikit perubahan. Walaupun makanan yang anda ambil mengandungi kandungan nutrisi protein yang tinggi, namun, ia tetap memiliki beberapa kandungan nutrisi yang lain, terutama sekali apabila ianya telah dimasak dengan cara berbeza dimana boleh meningkatkan paras gula dalam badan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih