
Sulit
5 tahun
Adakah masalah kesihatan seperti demam berulang dan berpanjangan mempengaruhi kitaran haid?
Masalah demam yg berulang & berpanjangan,adakah mempengaruhi masalah period? Sebelum ni,bermula 8/8 sy demam selama seminggu,ketika tu sy baru habis period. Selepas itu,demam ok,kemudian demam lg selama 2 minggu. Plalet darah putih pun rendah. Masalah kesihatan boleh pengaruh kitaran haid ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, demam boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang kerana gangguan kitaran hormon yang berlaku. Antara faktor lain yang boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.