
Sulit
4 tahun
Adakah masalah period saya ni normal?
Hi doktor saya yana umur 18.Saya mengalami masalah period yang tak berapa teratur kadang kadang 3,4,5 bulan baru period dan apabila saya period saya tidak pernah mengalami segugut dan lain sakit.Darah period saya juga warna normal dan kadang kadang tu keluar macam nak taknak je keluar.texture period saya seperti ketul ketul kadang kadang.Selain itu,period saya juga hanya keluar tiga hari sahaja tak pernah lebih daripada itu.Pertanyaan saya adakah ini normal dan adakah saya mandul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih, atash soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur serta pendarahan haid yang berketul. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur adalah perkara yang biasa dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Ketulan darah tersebut selalunya adalah disebabkan oleh takungan haid pada kitaran haid yang lepas, menyebabkan ia beku di dalam rahim dan akhirnya dikeluarkan pada kitaran haid yang lepas.
Namun, perkara ini boleh menjadi masalah yang serius kerana ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan penyakit, iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan terlalu ringan atau terlalu berat
- Senaman yang berlebihan atau terlalu kurang
- Penyakit sista ovari (Polycystic Ovarian Syndrome)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Kanser rahim atau ovari
- Masalah tiroid
- Penyakit keradangan pelvis (PID) atau jangkitan STI
- Penyakit kronik lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Kebiruaan pada jari atau bibir
- Lendiran keputihan yang berwarna kuning/hijau/kelabu
- Senggugut yang sakit dan berlarutan atau pada bukan waktu haid
- Pendarahan yang berlebihan atau tidak datang haid secara berlarutan.
- Simptom tiroid seperti menggigil atau berpeluh malam.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lebih, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!