Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Sy lelaki berumur 31 tahun…sy ingin bertanya apa kebaikan dan keburukan sy mengamalkan minuman detix brand Clenx Tea?bolehkah sy ambil minuman ini secara berterusan setiap hari kerana badan sy dah rasa selesa dgn detox ni…mohon jawapan pakar2 doktor…tq
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Umumnya air detox yang sesuai dengan garis panduan KKM adalah selamat digunakan dalam kuantiti yang berpada-pada. Namun bagi menentukan apakah ia sesuai dengan kondisi tubuh anda, pemeriksaan yang lebih menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu. Demikian adalah penting agar tidak ada produk yang akan memberikan kesan sebaliknya dari yang diharapkan.
Tambahan lagi, kesihatan seseorang itu tidak hanya bergantung pada suplemen semata-mata. Justeru, anda juga harus mempunyai gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, rehat yang mencukupi, sentiasa menjaga kebersihan diri, dan bersenam secara teratur.
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.