
Sulit
4 tahun
Adakah Norcolut pil perancang?
Hi…
Adakah ubat norculat untuk keluarkan period?atau untuk delay period…sekiranya period tak datang selama lebih dari 3 bulan, adakah boleh atau tidak untuk mengambil norcolut?adakah norcolut ini pil perancang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, pil yang anda nyatakan merupakan ubat norethisterone, sejenis ubat yang digunakan bagi merawat masalah haid seperti pendarahan rahim abnormal, dan endometriosis. Ubat tersebut boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, namun faedah rawatannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kesan sampingan yang sementara. Kesan sampingannya juga berbeza mengikut individu. Antara kesan sampingan adalah:
- Haid lewat
- haid tidak teratur
- Naik berat badan
- sakit pada bahagian pinggang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Biasanya selepas 3 bulan, masalah di pendarahan akan berhenti dengan sendiri. Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!