
Sulit
5 tahun
Adakah norethisterone mybbkn keguguran?
Hai doc. Btulka org hamil bila terambil ubat yg mngandungi norethisterone boleh mnyebabkn kguguran?
Apakah lagi kesa kesannya jika ibu hamil memgbil ubat ini?. Sudah dlm 2 bulan tidak tahu hamil. Dan telah mngambil ubt ini

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ubat Northisterone merupakan pil perancang kehamilan. Ia digunakan untuk mengawal hormon, mengawal kesan sampingan menopause dan untuk mencegah kehamilan. Ubat tersebut merupakan ubat FDA kategori X dimana jika diambil ketika hamil boleh mengakibatkan kecacatan janin atau risiko kepada janin atau kedua-duanya sekali dan ianya tidak dibenarkan untuk diambil ketika hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.