
Sulit
3 tahun
Adakah normal air kencing berbuih
Hi doktor, saya ingin bertanya adakah kepekatan air kencing boleh membuatkan air kencing tersebut berbuih?saya mengalami kencing berbuih tetapi buih tersebut akan hilang dalam 2 atau 3 minit selepas buang air kecil…saya tidak mempunyai sebarang gejala lain selain perkara tersebut…keadaan kencing berbuih juga terjadi tidak menentu…kadang kala ianya berbuih dan kadang kala ianya normal sahaja…tetapi jika saya minum banyak air…air kecil saya akan berwarna kuning jernih dan tak berbuih…adakah ini normal? Dan boleh saya tau simptom kencing berbuih disebabkan oleh buah pinggang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala kencing berbuih yang dialami. Anda tidak perlu risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kencing berbuih disebabkan oleh pelbagai faktor dan dalam sesetengah keadaan, ia adalah normal.
Antara punca lazim yang menyebabkan air kencing berbuih adalah:
- Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal
- Pengambilan protein secara berlebihan
- Dehidrasi
- Sindrom nefrotik
Penyakit lebih serius dan kronik seperti kencing manis, hipertensi dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berbuih dan memerlukan kawalan dan perhatian oleh doktor.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.