
Sulit
3 tahun
Adakah normal bayi berusia sebulan suka meneran
hi doktor, anak saya berusia sebulan 1hari. minum susu formula. dia suka meneran seolah2 seperti sembelit, dia kentut2 jugak. kalau dia berak, berak dia cair dan berwarna hijau pekat kuning2, beraknya cair. cuma skng kekerapan berak dia tak seperti dulu. kadang2 sehari sekali. kadang2 seperti terkincit, beraknya keluar sikit shj. adakah itu normal? atau perlu ke saya ke klinik?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap bayi anda yang selalu meneran dan mengalami perubahan pada najisnya.
Untuk pengetahuan anda, normal untuk bayi meneran kerana ia berkait dengan proses penghadaman. Kekerapan setiap bayi adalah berbeza-beza seperti sekali sehari ataupun sekali dalam beberapa hari, perkara ini tidak menjadi masalah jika berat badan bayi meningkat secara normal.
Namun gejala yang dialami boleh juga menandakan perkara yang serius seperti:
- Sembelit
- Dehidrasi
- Jangkitan usus
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.