
Anonymous
6 tahun
Adakah normal haid berpanjangan?
hai doktor.saya 26 tahun sudah berkahwin 2 tahun dan belum mempunyai anak.di sini saya ingin bertanya kepada doktor,normal ka jika haid berpanjangan selama12 hari?

6 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan, atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang lebih daripada 80 ml, atau melebihi 7 hari, atau perdarahan yang melimpah keluar atau perdarahan yang banyak sehingga perlu menukar tuala wanita beberapa kali sehari. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas.
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, iaitu lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Kebanyakan kes perdarahan haid berpanjangan tidak ditemui puncanya. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal serta ujian seperti ujian darah dan imbasan ultrasound untuk mencari punca perdarahan berpanjangan. Rujukan kepada pakar ginekologi akan diberi jika perlu.