
Sulit
4 tahun
Adakah normal haid putus putus?
Hai, saya berumur 22 tahun. Saya keliru dgn kitaran haid sy, setiap bulan kitaran haid sy tak sama. Ada yg selama tempoh 9 hari. Ada yg 11 hari, ada yg 14 hari. Kebiasaan pd hari 1-3 haid keluar byk, dan haid mula berhenti hari seterusnya tanpa setitis darah. Pada hari ke-7 dan seterusnya mulai keluar darah coklat seperti hendak berakhirnya haid. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Untuk makluman anda, haid yang normal hanya berlaku dalam tempoh 3-5 hari sahaja. Sekiranya seseorang mengalami haid berpanjangan samada putus putus atau tidak, ia bermaksud terdapat kondisi medikal yang lain sedang terjadi. Antara penyebabnya adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya perkara ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di klinik atau hospital.
Anda masih risau tentang haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.