
Sulit
3 tahun
Adakah normal kesan sampingan vaksin astrazeneca bagi dos kedua tiada side effect tetapi pada dos yang pertama mempunyai side effect
doktor saya ingin bertanya tentang kesan sampingan dos kedua bagi vaksin AZ dos kedua kerana saya baru ambilnya pada pukul 3 petang?? Adakah normal jika tiada side effect untuk dos kedua bagi vaksin AZ tetapi dos pertama mempunyai side effect

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan kedua. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini