
Sulit
4 tahun
Adakah normal ketika haid ada keluar ketulan ketulan selain daripada darah haid dan masalah menstrual cramp?
Saya berusia 23 tahun. Kitaran haid saya normal. Ketulan ketulan darah dan selain daripada darah selalu keluar semasa saya mengalami senggugut. Adakah perkara ni normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala ketulan darah & sengugut yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.