Sulit
5 tahun
Adakah normal sekiranya period datang 2 kali dalam satu bulan?
Saya ingin bertanya, pada 30/3 lepas sy period sehingga 6/4…dan pada 21/4, period sy datang balik…adakah ianya normal? Sebelum ni pun pernah datang 2 kali sebulan jugak tapi ianya tidak terjadi pada setiap bulan…hanya pada certain2 bulan sahaja. Adakah ianya normal? Untuk awal bulan 4, period sy tak heavy, xbanyak yang keluar…dan utk kali kedua ni dia heavy…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























