Sulit
4 tahun
Adakah perancang keluarga suntikkan depo ini sesuai dengan diri saya
Saya berusia 29tahun pd tahun ni, saya mengambil perancang keluarga suntikan depo tp masalah saya, darah berterusan keluar 3 ke 4 minggu sedikit² sahaja, normal ke ? Jd dalam keadaan ni bole ke untuk bersama suami?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami .
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini merupakan kesan sampingan ubat suntikan perancang ini. Biasanya pesakit yang mengalami pendarahan yang tidak banyak dan tidak mengganggu aktiviti seharian atau menyebabkan gejala lain, anda tidak memerlukan ubat untuk berhenti pendarahan.
Jika pendarahan ini bertambah buruk atau menyebabkan gejala seperti sesak nafas, pening, penat badan dan sebagainya, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk bertukar cara perancang dan menghentikan pendarahan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































