
Sulit
2 tahun
Adakah period turut rasa pening,loya,muntah dan lapar
hai selamat petang,sejak akhir-akhir ini saya kerap alami rasa pening,loya dan kadang-kadang rasa nak muntah tak tertahan…ada kalanya rasa macam nak pengsan pun ada…pemerhatian jadi kabur tetapi period tak kunjung tiba…apabila try guna tes kehamilan negatif…dalam masa yang sama,saya wanita 20’an yang bekerja di sektor swasta…kadang-kadang keluar cairan berwarna coklat dari vagina saya…apa masalah saya yep?jika period,mesti darah keluar dalam kuantiti yg banyak…tetapi ini bukan darah,ia seperti sedikit cairan dan berhenti selama tiga hari kemudian muncul lagi semalam dan hari ini…cairan apa itu,doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala-gejala yang dialami ia boleh disebabkan oleh keadaan sebelum datang haid yang dipanggil ‘pre -menstrual syndrome’
Mengenai cairan itu ia mungkin keputihan yang banyak kerana keputihan boleh terjadi sebelum datangnya haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.