
Sulit
4 tahun
Adakah perkara ini normal?
Ini adalah kehamilan saya yang pertama. Adakah ianya normal bagi saya untuk merasai tendangan bayi yang baru berusia 14 minggu dalam kandungan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, tahniah atas kandungan anda. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda memandangkan ini kehamilan pertama anda.
Untuk makluman ianya normal dan sangat bagus sekiranya anda dapat merasakan bayi anda menendang. Ini bermaksud bayi anda aktif. Akan tetapi, sekiranya anda perasan pergerakan bayi anda kurang dari biasa anda mungkin boleh berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.