
Sulit
4 tahun
Adakah perlu mmbuang skin tag
doc sy nk tnye,sy perasaan sy ad skin tag kat dubur,ini dsbbkn sy sllu kene anal fissure.adakala sy mmbuang najis lembut pun boleh jadi luka.sy sllu luka bila sy mmbuang najis yg besar,tpi tk keras pun.soalan sy skin tag boleh ke sy biarkan?adakah ia tidak bahaya?ad tak ubat nk buang skin tag tersebut?sy tknk mlkukn pmbedahan utk mmbuang ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah skin tag yang anda hadapi. Untuk makluman anda, skin tag adalah benjolan di permukaan luar kulit. Skin tag pada dubur adalah biasa dan ianya boleh menjadikannya ia sensitif, gatal, menyebabkan rasa tidak selesa. Ianya tidak berbahaya tetapi untuk keselesaan dan mengelak kerunsingan, ramai pesakit yang memilih untuk membuang skin tag.
Terdapat beberapa rawatan untuk menghilangkan skin tag seperti pembedahan, rawatan laser dan pelbagai lagi rawatan bergantung kepada kondisi kesihatan anda dan anjuran daripada doktor. Namun begitu, sebelum rawatan, pemeriksaan oleh doktor untuk kepastian bahawa ianya benar-benar skin tag adalah diperlukan. Sementara itu, kami boleh cadangkan beberapa langkah untuk anda seperti:
- Gunakan ubat laxative (ubat mencairkan najis) ataupun makan tambahan fiber bagi melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan meneran berlebihan.
- Gunakan lubrikasi atau agar-agar petroleum bagi melancarkan najis
- Bersihkan dan sanitasi sepenuhnya pada kawasan dubur setiap kali selepas membuang air besar.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih