
Sulit
4 tahun
Adakah pesakit autoimun boleh terima vaksin covid atau tidak?
hi doc , saya seorang pesakit autoimunne myasthenia gravis yang baru lepas crisis bulan oct lalu , ketika crisis saya menjalani rawatan plasma exchange. dan sekarang keadaan sudah semakin stabil tetapi masih mkn ubatan ubatan corticosteroid yang banyak.
Adakah saya tergolong dalam golongan yang tak layak divaksin ? harap doktor dapat membantu pertanyaan saya ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pesakit autoimun boleh mendapatkan vaksin COVID-19 sekiranya diberikan kepastian oleh doktor yang merawat. Namun, mereka harus mengetahui data keselamatan yang terhad:
- Maklumat mengenai keselamatan vaksin mRNA COVID-19 untuk orang yang telah lemah sistem imun (pesakit autoimun) belum tersedia.
- Orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah juga harus menyedari potensi penurunan tindak balas imun terhadap vaksin, serta keperluan untuk terus mengikuti semua panduan semasa untuk melindungi diri mereka terhadap COVID-19
Justeru, disebabkan beberapa perkara masih dalam penelitian, sebarang spekulasi adalah tidak digalakkan. Pihak berkuasa tempatan akan memaklumkan tindakan selanjutnya bagi vaksinasi buat golongan ini agar semua pihak dapat dilindungi tanpa sebarang kemudaratan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini