
Sulit
3 tahun
Adakah pesakit covid tiada selera makan dan awal bangun pagi?
Saya kontak rapat kawan, baru swab tpi belum ada keputusan, kenapa saya kurang selera makan dan kalau tidur awal bangun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala kurang selera makan dan masalah tidur yang anda hadapi sama ada ianya berkaitan dengan COVID-19 ataupun tidak. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Bagaimanapun, simptom adalah berbeza setiap individu. Tidak kurang juga, masalah kurang selera makan boleh diakibatkan pelbagai masalah lain yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor , seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini