
Sulit
4 tahun
Adakah pil perancang kecemasan masih berkesan jika digunakan selepas 5 hari berhubungan seks
Saya telah melakukan hubungan seks dan terkeluar dlm dan kami mengambil pil perancang kecemasan selepas 5 hari adakah masih berkesan untuk mencegah kehamilan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil.
Merujuk kepada pil perancang kecemasan, harus diketahui bahawa ia adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Bagi mendapat penjelasan punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.