
Sulit
4 tahun
Adakah Rawatan Keratin selamat untuk diawal kehamilan?
Hi Doctor,
Baru-baru ni saya ada membuat rawatan keratin. Dalam masa yg sama, saya telah lewat haid tapi upt saya masih lagi negative. Cycle saya selalu nya adalah 25hri. Paling lama adalah 28hari. Tetapi kini saya di cycle day yg ke 35 dan masih negative (berharap utk conceive). Ketika rawatan, mata dan tekak saya sgt pedih.
So, after treatment saya research berkenaan keratin. Byk yg kata tak boleh bg TTC/hamil/menyusu. Saya kemudian terus mencuci rambut tanpa ikut saranan salon. Tapi dekat salon saya dah inhaled the chemical. Walaupun test saya negative, tapi still lagi berharap. Saya takut if saya memgandung ia akan mendatangkan kesan pada kandungan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya rawatan keratin perlu ditangguhkan sewaktu kehamilan kerana lazimnya rawatan tersebut berkemungkinan besar menggunakan produk yang mengandungi formaldehyde di mana ia dapat memberi kesan terhadap kandungan dan pembesaran janin.
Namun, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan kandungan, atau agar rawatan susulan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.