
Sulit
3 tahun
Adakah risiko mata rosak akan jadi tinggi dn berbahaya
Betul ke doktor kalau mata kita rabun teruk… proses bersalin perlu secara pembedahan? xboleh normal ke doktor… Rabun saya 300,Rabun jauh… mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, tiada masalah untuk individu yang mempunyai masalah rabun untuk melahirkan bayi secara normal. Tetapi sekiranya individu tersebut mempunyai penyakit darah tinggi semasa hamil, perkara ini perlu diberikan lebih perhatian oleh anda dan doktor.
Sekiranya tekanan darah tidak terkawal, berikut merupakan beberapa gejala yang boleh dialami oleh individu yang mempunyai masalah darah tinggi semasa kehamilan:
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Gangguan penglihatan
- Sawan
Sekiranya individu yang hamil menunjukkan gejala ini, doktor akan melakukan langkah-langkah seterusnya untuk mengawal keadaan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.