
latifahamira00
5 tahun
Adakah saya ada simptom jangkitan covid 19
saya tak pergi ke tempat yg ramai orang. cuma dalam tempoh pengawalan ni saya ada berjumpa beberapa orang untuk penghantaran makanan. Selepas 2 hari saya sakit tekak sahaja walaupun dah minum air yang banyak . Demam dan bersin sesekali. Batuk tak ada . Adakah saya patut cek di klinik kesihatan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah demam dan selesema boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- radang sinus
- demam denggi (lebih-lebih lagi jika terdapat kes denggi di kawasan rumah anda)
- keradangan
- radang pharynx
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini